::MY LUVLY DEARIES::

Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

::RAMADHAN.. PEMERGIANMU DITANGISI::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM..

YEAYYHHHH.. LAGI 2 HARI NAK HARI RAYA!!! Pasti ramai yang bersorak keriangan kan?? Aku pon hepi gak.. x sabar nak tunggu menjelangnya hari raya, hari kemenangan kite umat Islam. x sabar nak g semayang raye, nak bermaaf-maafan ngan kaum keluarga, nak g ziarah kubur, nak mam juadah raye sume.
Namun aku pasti akan da hati yang menangis sedey.. manangisi berakhirnya Ramadhan, perginya bulan seribu rahmat. Apa mungkin masih ada kesempatan tuk kite sume merasai n meraikan Ramadhan lagi pada tahun2 kemudian. Dan asenya lum terlambat tuk kite menyemarakkan ibadah pada akhir Ramadhan neh. Gunakan kesempatan 2 malam lagi neh sebaik mungkin yea.

IBADAH PADA AKHIR RAMADHAN~
1. Menghidupkan malam2 dengan ibadah.
2. Mengejutkan ahli keluarga untuk sama2 beribadah menghidupkan malam2 tersebut.
3. Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri) Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba 10 terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)." Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam2 ganjil.
5. Berusaha dengan bersungguh2 agar dikurniakan Lailatul Qadar.
6. Melakukan iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.
7. Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
8. Memperbanyakkan sedekah.

Aku sekadar mengingati juga kepada diri sendiri. Hopefully masih belum terlambat.

p/s: Doakan aku selamat sampai ke Kelate yea kawan2 sume.. mengikut perancangannya aku dalam bas skang neh. Jumpe lagi if aku leh on9 kat kampung nanti :) Jenguk2 la salu teratak buruk aku neh yea.


www.tips-fb.com

Ahad, 29 Ogos 2010

::RAHSIA WUDHU'::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM.. :)

Pe bikin ari neh?? Jum kite bace kelebihan wudhu'.. (^_*)
OLEH: BLALANG
"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhu'. Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64

Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan.. apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. 
 
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’
Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda. Wallahualam
p/s: So buat betul2 untuk mendapatkan manfaatnya selain beribadah

www.tips-fb.com

Khamis, 26 Ogos 2010

::SEORANG GADIS ITU:::

Girls Myspace Comments

*SEORANG GADIS ITU*
Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit,
manis tuturnya,
lentur hati ...

telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta,
sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...

namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...

ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...

dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLAH memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan,
menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah, daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!


p/s: aku saje godek2 external tadi, then jumpe lak collection cerpen n kate2 yang bez yang aku simpan dari diploma lagi.. tertarik lak ngan yang 1 neh. Aku pon x tau karya asal sape juz nak sharing keindahannya.. hayatilah n fahamilah fitrah seowang gadis oke (^_*)

www.tips-fb.com

Rabu, 25 Ogos 2010

::HARGAILAH MAK KITA::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM..

Jum kite tengok 1 video (pleashh jangan bosan coz aku asyik post video jep). Menangis aku tengok video neh tau x?? Lantak la skang aku duk kat opis pon (En.Zahed dah balik so leh la aku nak nanges air mate darah pon).


Pe pendapat kowang?? Kowang2 jangan nanges lak cam aku eh.. aku memang manje cket 2 3 menjak neh (touching terlebey). Hopefully, once aku dah berjaye @ juz dah dapat keje n dapat pegang duet sendiri aku x akan lupekan janji2 aku kat mama.. InsyaAllah.. sayang mama sangat2. Ibu, mak, mama, ummi, bonda @ pe sekali panggilan tuk insan yang lahirkan kite, mereka adalah insan yang sangat berjasa kepada kite.. tiada insan len yang mampu gantikan tempat mereka.  Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawap kite tuk hormat n menjaga mereka pulak bile mereka dah x berdaya. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernafas, masih mampu tuk membelai kite.. jangan sampai terlambat oke!!

p/s: penat nak jage ati owang neh.. ouhhh Prof, pe lagi yang x kena ngan thesis saye???

www.tips-fb.com

Selasa, 24 Ogos 2010

::SAMBUNG LAGI.. SATAN!!::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM :)

Jum kite sambung tengok video BEWARE OF SATAN TRAPS lagi..


* Ouhhh.. takotnya if ter'chatting' ngan laki cam2.. kowang2 yang guls penah kena x kes camni?? Aku dolu2 time giler Myspace penah la kenal 1 adik neh (bajet comey la suh anggap dia adik). Memula 2 memang la comey kan tapi da 1 mase dia pakse jumpe n tido umah dia, bile aku refuse ciap maki2 lagi (x sanggup nak cite pe dia maki). Tapi esoknya bile dia call oke la pulak so aku n T4 wat conclusion dia 2 kureng waras n start pade 2 teros x nak dah da adik angkat.. cukop la da 2 adik kandung yang nakal 2. (^.*)
* Aku ase ramai antara kite penah ignore bile mak @ ayah kite panggil kan?? Aku time nakal2 dolu penah la gak wat2 x dengar tambah2 bile duk layan buku. Tapi 2 dolu.. insyaAllah x nak dah wat cam2, x nak dah wat mama kecewa. Pleassshh appreciate her oke.. syurga kite kan bawah telapak kaki ibu!!! Dan sekeping ati ibu x kan mungkin membenci anaknya.
* Kes menipu bos sebab lambat @ langsung x g keje pon aku ase dah jadi benda common skang neh. Tambah2 skang neh senang nak dapat fake MC kat private clinic kan?? Aku arap aku x de la wat mende2 camni once dah keje t.. takot x berkat lak duit gaji yang dapat tiap2 bulan dah la bagi kat mama lak 2.
* I hate smoker.. fullstop!! Even my abah n my adeq pon smoking, still x suke ngan asap rokok. My abah pon x kan smoking depan2 owang len.. means x de la nak bagi owang len makan asap sekali kan, ciap dia sound adeq aku coz smoking depan aku time tengok tb reramai.. ingat aku neh nyamuk ke nak fogging2??
* Saling mengasihi 2 kan indah?? Nape nak marah2 x tentu pasalkan?? Even sape pon owang 2, dia pon da perasaan cam kite gak. Jangan tunjukkan kebengisan supaya owang hormatkan kite tapi hormatlah owang len gak kompem dia pon akan hormat kite.

p/s: ouhh.. adeq demand macam2 lagi.. canne nak wat neh?? help help help!

www.tips-fb.com

::SEKADAR INGATAN - BEWARE OF SATAN TRAPS::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM.. entry neh sekadar ingatan tuk kite bersame
Semoga kite sume di dalam lindungan rahmatNya.. insyaAllah
Aku hanya ingin berkongsi video yang di wat khas tentang bagaimana syaitan telah mempengaruhi kite, syaitan akan terus berusaha menyesatkan anak Adam
moga ia memberi manfaat n kesedaran wat kite sume


Aku tau aku x sempurna.. minta maaf andai da yang terguris. Sememangnya aku hanya sekadar mencuba tuk lebih telus.. ati neh dah x mampu nak memikul sume kesah2 duka. Andai da kuasa dah lame kulupuskan sume ingatan tentang kesah2 yang hanya mengundang saket ati n air mate.. Semoga tuhan terus memberikan rahmat dan hidayahNya wat aku n kite sume.

p/s: coba tuk tersenyum kembali

www.tips-fb.com

Ahad, 22 Ogos 2010

::AMALAN2 SUNAT BULAN RAMADHAN::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM

Ari Ahad yang mendung.. ase borim pon da gak neh.. Emm keje malas nak wat (t malam ni eh saye ciapkan slide En.Zahed nak 2). Baju pon malas nak basuh (kantoi aku neh pemalas tapi kire rajen gak kan sental guna tangan). Tibe2 dapat emel dari Ms.E.. tajuk emelnya sejibik same ngan tajuk entry aku yang neh (act aku malas nak edit2 dah.. malas lagi!!).
Mungkin sume dah tau kot, yela dah abis pon stage pertame pose kan?? Tapi x pe, aku nak post gak.. bagi refresh balik sebab aku tau ramai yang dah mula sebok pikir sal raye kan2 n hal2 sepatutnya d lakukan tuk tambah pahale makin d lupekan.. tol x??

Amalan-Amalan Sunat Bulan Ramadhan
1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud; “Sesungguhnya hamba-hambaKu yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka: 
Ertinya; “Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
 
3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad) 

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan. 
"Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadhan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain."

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadhan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud; "Sesungguhnya Nabi SAW telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramdhan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama." (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Merperbanyakkan sedekah.
Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun."

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadhan kerana iman dan mencari keredhaan ALLAH, maka doasa-dosanya yang lalu akan diampuni."

p/s: jauhi maksiat n selamat beramal yea (^_^)

www.tips-fb.com

Rabu, 18 Ogos 2010

::KESILAPAN KERAP TANPA KITA SEDARI::

ASSALAMUALAIKUM
Tengah wat pe 2 sahabat2?? Dah sahur ke lum.. yang lum sahur 2 bawak2 la sahur dulu eh t terlepas lak (melambatkan sahur lagi bagus kan). Pagi neh aku nak share sket pe yang aku dah bace dari web rasmi Ustaz Zaharuddin (sharing is caring la katekan).

~KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN~
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.  

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 
Ada banyak lagi sebenarnya yang d highlight oleh beliau.. If kowang nak tau lebih details leh jenguk sendiri full article dari beliau.. Klik [SINI]
Aku sekadar menyampaikan.. saling ingat mengingati sesama kite.. arap2 ingatan neh menjadikan kite hambaNYA yang lebih baik, hamba yang mengenal Pencipta n moga segala amalan kite ni diterimaNYA.. Ameen
p/s: sahur ngan puding jagung yang bez, cam nak g beli lagi petang karang :) alhamdulillah

www.tips-fb.com

Khamis, 12 Ogos 2010

::ANTARA ISU PATUT FOKUS DI BULAN RAMADHAN::

ASSALAMUALAIKUM.. selamat petang sume

Lagi wape jam kite nak berbuka kan?? (ramai yang tengah senyum lebar neh) Alhamdulillah, ari neh dah 2nd day.. sahabat2 yang beragama Islam sume pose ke?? Jangan ponteng tanpa sebab tau.. g bazaar ramadhan x? Aku arap kowang2 x membazir yea.. t kurang pahala pose, beli yang sekadarnya jep oke (mam banyak2 pon t x larat lak nak g terawih). Petang neh aku nak share cket ngan kurang isu @ perkara2 yang sepatutnya kite2 sume berikan perhatian di ketika bulan ramadhan yang mulia neh.. Same2 kite rebut peluang tuk melipatgandakan amalan, ibadah yea.. :)

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.


Setakat sini dulu aku kongsikan ngan kowang oke.. t len entry aku share kan lagi. Ingat tau, banyakkan amalan.. amik peluang bulan yang mulia neh tuk tambahkan pahala n mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Selamat berbuke yea sume :)

p/s: mungkinkan sempat tuk kite habiskan ramadhan sebulan neh @ sempat lagi kah kite tuk bertemu ngan ramadhan yang seterusnya?? 

www.tips-fb.com

Selasa, 10 Ogos 2010

::ADAB-ADAB SOLAT TERAWIH::

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAK, RAMADHAN KAREEM (tiru ayat sedare Huud.. jangan marah yea n tengs). x sabarnya nak start pose kan?? Bak kate Ms.E, cuaca pose neh len sket.. sejuk jep. Skang aku nak share adab2 solat terawih ngan kowang sume. Mengikut sumber, ia disaring dari kitab 'Nasihat Agama dan Wasiat Iman' karangan al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H).

Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Terawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Terawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Terawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]

p/s: selamat beramal yea sahabat2 sume, maaf andai ada salah dan silap yang jelas @ terlepas pandang

www.tips-fb.com

Isnin, 9 Ogos 2010

::HARI HARAM PUASA::

ASSALAMUALAIKUM..

Waaahhh.. lame benar asenya aku x update (padahal baru 2 ari) tapi don't worry, even x update aku tetap bertandang ke blog2 kowang. Tengs gak tuk kowang2 yang still datang even aku x de new entry. Sebenarnya sepanjang weekend aku sangat2 la bz.. bz beriadah bersuka ria ngan kawan2 yang dah lame x jumpe. Len entry aku story mori eh (x kesah la kowang nak tau ke x sebab neh blog aku yang punya).
Balik ke tujuan asal oke, x yah bebel panjang2. Aku saje wat entry neh sebab aku sedar masih ramai yang x tau upenya da ari yang kite dharamkan tuk pose:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    "Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    "Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha"
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    "Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t"
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
    "Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa" (Riwayat Ahmad)
    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.  

 
p/s: nak mam pe yea tuk lunch?? lapa2

www.tips-fb.com

Sabtu, 7 Ogos 2010

::JANJI KEKASIH::

ASSALAMUALAIKUM

Plan asal malam neh pas solat Isyak nak tros layan cite JANJI KEKASIH yang men kat TV3 tiap ari Jumaat 2 (layan kat lappy jep, umah x de tb). Tapi 2 la.. kite hanya merancangkan?? Ada hikmah segala yang Allah tetapkan tuk hambaNya. Yea, aku dapat asekan hikmah 2 skang.. plan nak blogwalking jap dah membawa aku ke 1 entry yang menyentuh ati gadisku yang lembot neh. Aku da terbace 1 entry kat belog AKU MERINDUIMU. Cdey n sebak sangat bile bace. Kowang g la bace cite luahan ati seowang sahabat 2. Baru skang aku tau cite sebenar.. sebelom neh pon aku penah post entry sal mende neh tapi dengan pendekatan n motif yang berbeza.. pade yang ase nak bace entry merapu aku 2 leh tekan [SINI] (x nak bace pon x pe la wei.. x de pakse2 pon). Yang pergi tetap akan pergi, moga sedari n kuarga arwah tabah yea. Don't blame urself oke. Hargailah segala kenangan bersama arwah, tunaikan janji sedari pade arwah. Tuk sahabat2 yang membace lak, hargailah owang yang tersayang ketika mereka masih bersama kite, ketika mereka masih bernafas n masih upaya memanggil nama kite. Sahabat2 jum kite same2 sedekah kan al-Fatihah, bacaan Yassin n doa wat arwah ZULKHAIRIL AZMI BIN MD BUKHARI.. saya pasti arwah insan yang baik, ari neh dah seminggu arwah pergi mengadap Penciptanya.. semoga arwah tenang di sana. Ntah bile n bagaimana pula janji pertemuan kite ngan Pencipta kite yea?
Alang2 plan nak tengok cite Janji Kekasih kan tadi, aku try usha gak kat YouTube.. Tapi akibat mate dah layu, aku hanya mampu layan lagu tema cite 2 jep.. Yup, lagu dari Afgan.. PadaMu Kubersujud. Jum layan lagu bez neh same2 ngan aku. (aku tau ramai yang suke lagu n cite neh termasuk my new fwen.. Ms.DA)





p/s: insaf lagi.. yaAllah, time kaseh atas petunjukMu n ingatanMu

www.tips-fb.com

Jumaat, 6 Ogos 2010

::TANDA2 KITA AKAN BERTEMU DENGAN DIA::

JUMAAT datang lagi.. esok cuti dah (ari neh aku dah start cuti.. jangan jelez!). Banyak tul fadhilat ari Jumaat neh. Sempana ari neh ari Jumaat, so aku nak bagi ceramah bebelan peringatan cket. Aku tau kebanyakan kita dah tau hal neh tapi da aku kesah? Aku still nak gtau kat kowang2 gak. DIA adalah ALLAH swt yang maha berkuasa yang telah menciptakan segala2nya. Sume owang pasti akan kembali n bertemu ngan DIA, Pencipta seluruh alam neh. Aku nak share ngan kowang tanda2 yang akan berlaku kat kita sebelum kite pergi wat selama2nya.. meninggalkan segala yang fana neh. Tengs to Ms.E sebab emelkan saya secebis ingatan yang berguna neh.

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!! 
BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Ya Allah.. masihkah ada waktu untuk aku??? Sudah cukopkah amalanku untuk pulang mengadapmu.. sesungguhnya aku insaf Ya Allah. Hanya Kau satu2nya yang layak disembah

p/s1: sile2 solat jumaat yea bagi yang lelaki
p/s2: tengs En.Zahed coz menghargai n berpuasa ati ngan hasil keje saya :)

www.tips-fb.com

Khamis, 5 Ogos 2010

::KERANA HANDPHONE NYAWA MELAYANG::

ASSALAMUALAIKUM


Tibe2 ase nak cite sal henpon. Aku tau most of us even budak2 tecik sekolah rendah pon dah da henpon sendiri. Aku tau bagi kite henpon 2 sangat2 la pentingkan sampaikan da muda remaja yang cakap henpon 2 bagaikan nyawa dowang (yela.. coz macam2 save dalam 2, video porno la gambar lucah la gambar aksi melampau ngan bf/gf la). x tenang n x lengkap idop if x de henpon. Aku pon akui henpon 2 penting yang amat. Contohnya time2 kecemasan, bayangkan if kite tengah travel sowang2 tengah2 malam lak 2.. tibe2 tayar moto/kete/lori kite pancit. So, pe kowang ase kowang akan wat? x kan la tengah2 malam kowang berani nak turun n tukar tayar 2 kan.. bagi aku if nek kete better aku duk dalam kete diam2 then kol sape2 tuk minta bantuan n tunggu jep bantuan 2 tibe. Pentingkan henpon time neh?? If berlaku lak musibah cam kematian sedare mara yang duk jauh misalnya kat kampung halaman.. x kan la x nak inform kat sedara2 yang duk jauh cam aku yang duk Selangor neh kan? x kan la nak datang cni lak semata2 nak gtau sal kematian 2 kan?? So, henpon lagi sekali memainkan peranan yang penting. TAPI.. jangan TAKSUB ngan henpon. Jangan kerana henpon anda sanggup gadaikan nyawa. Betol, da owang sanggup bahayakan nyawa sendiri kerana henpon. Aku x tipu oke.. nampak x aku siyes neh (benti sat taip2, sebab nak cekak pinggang.. kate siys tadi kan). Da owang sanggup panjat balkoni sebab nak amik henpon yang tertinggal lam umah yang berkunci n kesah kawan aku sendiri, hampir eksiden sebab nak mengejar henpon yang tertinggal dalam bas (pinjam kesah benar anda jap yea Ms.E). Juga sebab tertinggal henpon dalam bas, kawan bos aku lumpuh separuh badan. Dia patah balik tanpa tengok kiri kanan then suddenly da kete langgar dia (alhamdulillah umo dia masih panjang). Neh sebahagian kesah benar yang bagi aku agak beruntung la kan tapi sebenarnya, da owang yang meninggal kerana henpon. Cam baru2 neh, sowang 1st year student kat Universiti Malaya maut gara2 panjat balkoni tuk ambik wallet n henpon yang tertinggal dalam bilik kawannya yang berkunci. Yelaa.. mungkin owang akan cakap dah takdir dia kan tapi kite sepatutnya ambik iktibar la dari kejadian neh. Yang mana leh elak, kite cube elakkan.. try to minimize da risk oke. Cube kowang bayangkan pe perasaan parents dia.. kompem la cdey kan. Anak baru jep masuk universiti, baru jep ase semalam anta anak tuk register as new student.. tibe2 ari neh, terpaksa ambik anak balik tapi dalam keadaan x bernyawa.. kaku!!! Pe perasaan kowang if kowang d tempat ibu bapa student tadi??? Pilu tentu sekali. Tuk sape2 yang lum bace berita full news sal dat student leh tekan [SINI], ehsan daripada Berita Harian Online. Kowang bace la sendiri eh, cdey aku bace statement adik arwah. Oke la kawan2.. cukop la 1 contoh aku bagi. Aku arap kowang pikirkan la sedalam2 nya. Idop still leh go on even x de henpon, banyak lagi benda len yang lagi penting n idop hanya sekali, jangan terpengaruh sangat ngan aksi2 dalam drama. Aku sendiri pon penah x de henpon 2 bulan sebab tertinggal kat kampung tapi aku oke jep (thanx 2 public fon n tenet).


p/s1: semoga kuarga arwah kuat n doakan arwah tenang d alam sana yea
p/s2: sowang kawan aku lak suke tukar2 fon, skali beli iphone cine.. gune x sampai 4 bulan jep

www.tips-fb.com

Isnin, 2 Ogos 2010

::DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD::

Petang2 neh mula la ngantok MySpace
if dapat bantal kan bez neh
tambah2 bile jeling Ms.E kat sebelah yang dah lentok =)
melayan mimpi n angan agaknya (semalam dia g garden wedding, her dream wedding la katakan)
otak aku pon dah beku, so aku just nak tempek2 jep
aku nak share ngan kowang sal doa, thanx kat kawan2 aku yang email aku sal mende penting n berguna neh

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud 

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
 
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 
Warhamni (sayangi aku)
 
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..
 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
 
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
 
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu 

YaAllah.. memang aku sendiri pon xpenah sedar hal neh selama neh
insyaAllah.. kite sama2 saling mengingati menjadi lebih baik
berdoala, mintala hanya kepadaNYA, ALLAH yang Esa

p/s: x sabar nak balik then beli nasi lemak tuk berbuka
MySpace

www.tips-fb.com

::SELINGAN UNTUK MONDAY BLUES::

ASSALAMUALAIKUM..


Neh enytr pendek jep dari aku
saje2 nak ilangkan mood Monday Blues
Aku caye ramai yang cam malas2 nak masuk keje ari neh kan??
masuk keje pon setakat nak tunjuk muke kat boss
jangan layan sangat Monday Blues oke
keje dengan ikhlas.. supaya keje 2 jadi 1 ibadah
jangan penat sia2 oke
jum layan katun neh.. kite gelak sambil pikir2 tuk kesedaran diri

WORKING LATE, GOOD OR NOT??
Kekekekekeh.. penah terjadi kepada anda @ kepada owang sekeliling anda??
so, pikir2 kan eh.. jangan japg sampai surat centa dari boss anda
warning benti keje sebulan.. x ke naya cam2??


p/s: idop neh jangan suke menipu jep, lambat laun Tuhan pasti balas balik.. skang neh Tuhan bayar cash :)

www.tips-fb.com

Rabu, 28 Julai 2010

::KUKU KAKA KIKI::

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah..after lunch neh baru da mood cket nak post entry baru
pagi2 even xde keje sangat, mood facebook je yang menyapa
pagi tadi aku dapat email dari Ms.E
ishhh Ms.E meja sebelah2 pon nak anta email ke?
emmm..upe2 nya dia sent chain email kat aku, tq Ms.E
then aku ase elok benar kirenya aku share kan ngan kowang
even aku tau kowang dah tau tapi maybe da yang masih xtau @ da yang masih wat2 xtau
jadi kite leh same2 saling mengingatkan oke??


UNTUK SI PEMAKAI CINCIN
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..                 
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.            
 
The Truth                                                          
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.                                                
Percayalah                                                       
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.                
 
Additional info                                                    
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..  
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 
1] jari manis                                                      
2] jari kelingking (anak jari)                                  
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah                                                    
2] jari telunjuk                                                
 
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 
Perhatian                                                        
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.        
p/s:  saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Oke kawan2 sume, aku arap perkongsian neh dapat berikan manfaat pada kowang sume, yang dah tau 2 jangan lagi wat2 x ingat oke..sama2 kite jadikan buku amalan kite yang baru neh lebih indah :)

www.tips-fb.com

Rabu, 21 Julai 2010

::AKU MEMANG X LAYAK::

ASSALAMUALAIKUM..

Sekadar nak meluahkan ase ati
aku sedar aku ni x sesempurna mana pon
even memang xde manusia yang sempurna dalam dunia neh
niat aku sekadar nak menegur
salah ke?? Islam pon menggalakkan amar ma'ruf nahi mungkar
menyeru ke arah kebaikan n mencegah kejahatan
memang sifat manusia kot..cepat melatah bile ditegur
ase diri terlalu baik
aku sedar aku x sebaik kau yang dah tunang
sebab aku x sebaik kau la kot aku single sampai skang..aku tunggu imam muda prince charming la

Jeleskah aku bile menegur begitu??
ya Allah..xde sekelumit pon perasaan 2
aku sekadar menegur sebab aku kenal kau dah lama..dari sekolah lagi
tapi biar la..nak wat canne, maybe kau yang dah xanggap aku ni kawan
yela..kalau kawan xkan kau xinvite @ at least gitau yang kau nak tunang kan
tuk pengetahuan kau..aku xjeles
n memang kapel2 neh xde dalam kamus idop aku skang
aku pernah buat silap besar dulu n sampai skang aku nyesal
so aku juz nak nasihat KAWAN2 aku supaya xtersalah langkah

Dah kau ase cara kau betol..xpe la
aku xde hak nak kate ape lagi
aku dah jalankan tanggungjawap aku
aku doakan kau bahagia n cepat2 la halalkan hubungan 2
sekian!!

p/s: maaf if kawan2 blogger kurang mengerti entry malam ni yea..:)

www.tips-fb.com