Memaparkan catatan dengan label PUASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUASA. Papar semua catatan
Rabu, 13 Oktober 2010
::ENTRY BASI - IFTAAR FINANCIER BATCH DEC08::
ASSALAMUALAIKUM ;-)
Lunch hour dah!!! Suke2 sebab ley on9.. even juz menumpang library kat UiTM Shah Alam (japg nak kena jumpe advisor). Jum2.. kite start menaip entry tertunggak neh. Kat kampung x de tenet, balik Sunway lak tenet kena potong.. so kat opis je la ley on9 tapi 2 la kat opis neh sibok ngan keje+thesis. Maka tercipta la entry basi neh.. agak2 da ke yang nak bace eh? xpe2 entry neh akan hanya dipenuhi ngan piccas kitowang dak2 finance jep.. so enjoy oke :)
Neh otw nak g kat tempat berbuke puase.. aku dah lupe sume wape kete tapi if x salah perkiraan aku n Ms.E sumenya 6 buah kete n merpati puteh (empunya kete Ms.S yang bagi that name kat kete dia) ni la yang aku, Ms.S n KakNur nek.
Sebelum bergerak konvoi ke destinasi kitowang berkumpul kat Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam then lalu kat sini iaitu Param kat flat Seksyen 7. Tiap2 rabu da pasar malam kat sini. Neh la tempat aku beli juadah berbuke time aku stay kat Seksyen 7.
Oke dah sampai ke destinasi.. makanan dah order, sume sabar menanti waktu berbuke.
Makanan dah sampai.. penoh 1 meja tapi lum masuk waktu berbuke g so sume muke x sabar nak menikmati makanan yang terbukti sedap n murah.
Dah sume kenyang, sume dah bersedia nak balik n aku ngan Mr.A, Mr.E, Ms.W n Ms.H bergerak ke Perak, kitowang pon bergambar lagi.. tanda kenangan.
Ni la tempat kitowang menjamu selera n berbuke pose that day. Tengs to Ms.Nn sebab arrange event neh :)
Details: ~~~~
Lokasi: Restoran Alif Ba, Sungai Udang, Klang
Menu: Kailan ikan masin & tomyam campur (5 owang mam), siakap 3 rasa (3 ekor), telur dadar (3 each 3 owang mam), udang goreng tepung (3 hidang) & air tembikai.
Harga: RM250 sahaja :)
p/s: memang berbaloi2.. pas kenyang2 mam terus gerak g Ipoh
Selasa, 7 September 2010
::RAMADHAN.. PEMERGIANMU DITANGISI::
ASSALAMUALAIKUM..
YEAYYHHHH.. LAGI 2 HARI NAK HARI RAYA!!! Pasti ramai yang bersorak keriangan kan?? Aku pon hepi gak.. x sabar nak tunggu menjelangnya hari raya, hari kemenangan kite umat Islam. x sabar nak g semayang raye, nak bermaaf-maafan ngan kaum keluarga, nak g ziarah kubur, nak mam juadah raye sume.
Namun aku pasti akan da hati yang menangis sedey.. manangisi berakhirnya Ramadhan, perginya bulan seribu rahmat. Apa mungkin masih ada kesempatan tuk kite sume merasai n meraikan Ramadhan lagi pada tahun2 kemudian. Dan asenya lum terlambat tuk kite menyemarakkan ibadah pada akhir Ramadhan neh. Gunakan kesempatan 2 malam lagi neh sebaik mungkin yea.
IBADAH PADA AKHIR RAMADHAN~
1. Menghidupkan malam2 dengan ibadah.
2. Mengejutkan ahli keluarga untuk sama2 beribadah menghidupkan malam2 tersebut.
3. Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri) Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba 10 terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)." Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam2 ganjil.
5. Berusaha dengan bersungguh2 agar dikurniakan Lailatul Qadar.
6. Melakukan iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan.
7. Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
8. Memperbanyakkan sedekah.
Aku sekadar mengingati juga kepada diri sendiri. Hopefully masih belum terlambat.
p/s: Doakan aku selamat sampai ke Kelate yea kawan2 sume.. mengikut perancangannya aku dalam bas skang neh. Jumpe lagi if aku leh on9 kat kampung nanti :) Jenguk2 la salu teratak buruk aku neh yea.
Khamis, 26 Ogos 2010
::ENTRY TERTUNGGAK;- SAHUR TIME::
ASSALAMUALAIKUM..
Mule2 nak tanya.. esok Selangor cutikan??? Then nak gitau, oleh sebab 2 aku pon cuti gak esok.. yaeyyyyhhhh!! =) Sangat suke+hepi oke coz leh la berjimba2 kat umah sambil bace novel esok (da 3 novel kot yang dah lame beli tapi lom sempat bace). Aku sangat windu tuk manje2 ngan novel2 aku oke. x sabarnya nak nunggu esok.
Esok Selangor cuti so aku ase mesti ramainya warga Selangor yang akan kuar bersahur kat luar japg.. Termasuk la empunya blog neh pon, xpon tapau jep coz aku memang kat luar skang neh (entry neh telah d auto publishkan oleh aku yeap). Hajat d ati nak suh owang 2 banje pizza tapi kite wait n see je la eh pe yang aku bakal dapat.
Skang aku juz nak share saat2 (jiwang lak.. adeh) manis aku bersahur ngan kawan2 aku yang same2 dari UiTM Arau.. Act malam 2 kitowang g karok kat Klang Parade.. saje nak hiburkan Ms.W yang akan kembali ke Klate. After berkarok x sampai sejam (giler x puas ati.. dah salu kena tipu kat situ tapi gatai gak nak g situ lagi) kitowang pon terus ke Shah Alam.. specific nya ke Seksyen 7 n sebetolnya ke Khulafa' Bistro tuk bersahur. Memang cam wajib lak, asal g Seksyen 7 mesti nak kena mam kat mamak. Aku layan jep mamak kat Shah Alam tapi mamak tempat len memang aku x kan masuk (don't ask why oke).
Jum layan pics jep eh ~~~~~
Mr.O yang sentiase comey n hot.. today is ur bufday rite?? Epi bufday dear!!!
Mr.D n Mr.P yang sentiase poyos. Jangan x tau, sore Mr.D memang sangat bez :) (tibe2 lak ase nak puji kau!)
Me n my munchkin yang sangat cun.. Ms.H memang suke amik pic sambil muncung ala2 muncung itik bak kate Samad
Kapel yang jap oke jap idak.. aku pon mule x paham ngan status dowang tapi pape pon jadi dowang tetap aku anggap bezfwen ever.. (wei aku windu nak g klas same2 4 owang sampai mimpi2 tau x)
Oke2.. ni dah last picca oke (jangan duk kate borim2 sebab tengok picca manyaaakkk). Cam bez x? Neh je la makanan yang sempat snap coz yang neh last sampai.. yang len dah selamat masuk ke perot masing2. Neh ialah cheese nan oke n neh kepunyaan Ms.W n Mr.A.. Aku pon suke cheese nan tapi yang kat Hakim je la.. If datang Khulafa' aku layan roti pisang jep.. yummmy!!!
Pe lak makanan kat mamak yang kowang ase bez??? (tapi kowang layan ke mamak?)
p/s: malam neh time 2 layan muvie free lagi dari nuffnang.. im loving it!!!
Rabu, 18 Ogos 2010
::KESILAPAN KERAP TANPA KITA SEDARI::
ASSALAMUALAIKUM
Tengah wat pe 2 sahabat2?? Dah sahur ke lum.. yang lum sahur 2 bawak2 la sahur dulu eh t terlepas lak (melambatkan sahur lagi bagus kan). Pagi neh aku nak share sket pe yang aku dah bace dari web rasmi Ustaz Zaharuddin (sharing is caring la katekan).
~KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN~
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
Ada banyak lagi sebenarnya yang d highlight oleh beliau.. If kowang nak tau lebih details leh jenguk sendiri full article dari beliau.. Klik [SINI]
Aku sekadar menyampaikan.. saling ingat mengingati sesama kite.. arap2 ingatan neh menjadikan kite hambaNYA yang lebih baik, hamba yang mengenal Pencipta n moga segala amalan kite ni diterimaNYA.. Ameen
p/s: sahur ngan puding jagung yang bez, cam nak g beli lagi petang karang :) alhamdulillah
Sabtu, 14 Ogos 2010
::BBQ SAMBOT POSE::
ASSALAMUALAIKUM.. selamat bersahur pade yang datang after @ b4 sahur n selamat pagi pade yang singgah pagi :)
Neh sekadar entry tempek2 jep.. x larat nak bebel banyak2. Tapi nak gtau yang tadi time sahur kat Khulafa seksyen 7 Shah Alam aku terjumpe ngan sowang blogger merangkap Uni-mate aku, Kay @ Jari Berbicara (saje nak gtau aku lepak Shah Alam malam tadi). Back to da track @ kembali ke jalan yang benar.. BBQ neh was held at Tasek Seksyen 7 Shah Alam.. on last Saturday nite (waahh terskiping lak). Patut nya pic neh tempek kat FB dulu tapi x pe coz aku sayang blog neh lagi.. aku bagi keutamaan tuk sahabat blogger aku tatap dulu oke (kawan yang join BBQ neh dah sound aku coz lambat upload kat FB).
Umah Mr.A.. aku dipakse masak nasi goreng (kejam suh last minute). Dalam bekas 2 wedges yang Ms.W goreng.. cedap. (p/s: sile la kemas n bersihkan sket umah n dapur kowang.. if owang len yang dipakse masak kompem dowang x nak)
Muke2 sengal pembuat air.. Ms.W n Mr.H.. ni dah kat tasek
Mr.A tengah nak ciap2 idopkan api (tul ke istilah 2 ke idopkan bara??.. hehe)
Mereka n api yang dah berjaye d idopkan :)
Aku yang dah x sabar nak makan (padahal baru wape jam pas mam cendol).
Lamb yang belom d marinate.. baru pas kuar dari Giant if x salah aku la (tengs 2 Mr.E n Mr.T yang sponser).
Mr.O tengah marinate dat lamb.. gune sos bbq+sos black pepper+honey je kot, ayam pon dia yang marinate (Mr.O memang chef terbaik r).
Ms.W yang kunun2 nak belaja.
Lamb yang hampir masak.. yummy (^_^)
Kami.. Mr.Hh, Ms.W n aku :) we're ex-DIIA Arau
After dah kenyang.. dowang sambung men kad sebab malam maseh mude katanye (padahal menunggu Mr.R yang lembab terlambat).
Disebabkan penangan lamb grill yang super bez, kitowang terpakse sisihkan ayam (kitowang x bazir coz pas2 kitowang kol sume kawan2 yang stay area 2 datang mam ayam)
Last picca.. Ms.W, aku n Mr.A.. aku tukang tengok jep dowang men kad (sambil gelakkan owang yang kalah ;))
Dat nite memang super duper bez.. even kitowang x de la prepare sangat pon tapi yang penting kami as Ex-Arau sangot sonok dapat lepak2 sekali b4 pose. Persahabatan yang sangat bernilai bagi aku.. aku cayunk sume kawan2 aku. Kowang la kawan yang terbaik.. suke duke dari Arau sampai ke Shah Alam akan kekal as a valuable n precious memory ever. :)
p/s1: cian Ms.W saket2 kepale pas2.. x bese mam lamb manyaakkk la 2
ps2: cdey nya x dapat follow Ms.W n Mr.A g Perak esok. :'(
Khamis, 12 Ogos 2010
::ANTARA ISU PATUT FOKUS DI BULAN RAMADHAN::
ASSALAMUALAIKUM.. selamat petang sume
Lagi wape jam kite nak berbuka kan?? (ramai yang tengah senyum lebar neh) Alhamdulillah, ari neh dah 2nd day.. sahabat2 yang beragama Islam sume pose ke?? Jangan ponteng tanpa sebab tau.. g bazaar ramadhan x? Aku arap kowang2 x membazir yea.. t kurang pahala pose, beli yang sekadarnya jep oke (mam banyak2 pon t x larat lak nak g terawih). Petang neh aku nak share cket ngan kurang isu @ perkara2 yang sepatutnya kite2 sume berikan perhatian di ketika bulan ramadhan yang mulia neh.. Same2 kite rebut peluang tuk melipatgandakan amalan, ibadah yea.. :)
1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Setakat sini dulu aku kongsikan ngan kowang oke.. t len entry aku share kan lagi. Ingat tau, banyakkan amalan.. amik peluang bulan yang mulia neh tuk tambahkan pahala n mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Selamat berbuke yea sume :)
p/s: mungkinkan sempat tuk kite habiskan ramadhan sebulan neh @ sempat lagi kah kite tuk bertemu ngan ramadhan yang seterusnya??
Selasa, 10 Ogos 2010
::SEBAKNYAAAA::
Tetibe lak ase cam sebak semacam
yela.. bile duk sensowang neh mula la pikir ke laut cket
tadi petang dapat sms dari macik kat kampung tanya balik x?? (time 2 x de ase pape)
petang kemarin pon da sowang g macik kol tanya x balik kampung ke pose neh? (pon x de ase pape, still leh melawak pas2 gelak2 ngan macik)
malam semalam pon mama kol, pas2 adeq tanya balik x pose neh? (pon aku x de ase pape, sembang panjang sal soping baju g)
tapi skang bile sensowang neh.. haihhh
cdeyyyyy maaaa.. ase nak terbang balik Klate skang gak
windu nak sambut 1 Ramadhan kat kampung ngan famili (dah banyak tahun sambot ngan kawan2 jep)
tahun neh g sadis coz kawan2 rapat sume dah duk jauh2
sambot ngan kawan2 yang baru nak rapat (sib bek da Ms.E)
Mama, windu nak buke pose kat umah
windu nak minum air soya n tebu kat umah (air wajib tuk berbuke + air buah)
windu nak mam kueh piana, akok n pati soya pandan (pati soya 2 taufoofaa, fav aku n abah)
windu nak sahur same2.. pas2 kena marah kat abah sebab liat nak bangun
windu nak g terawih kat kampung (kat cni x tau nak g ngan sape n kat mana)
windu nak wat biskut raye kat umah ma yoh (umah aku biskut cap tunjuk jep)
windu nak g bazar ramadhan kat Wakaf Bharu (tahun lepas pon sempat last day pose jep g sane)
windu nak mam nasi ngan adeq time siang2 ari (kitowang same2 red flag oke)
windu nak jaga baby Ryna bile macik cbok masak tuk berbuke
windu nak men bunga api depan umah ngan sepupu2 kecik
windu nak tengok cite2 bez n penuh keinsafan kat tb time bulan pose (umah sewa x de tb)
windu nak sahur ngan nasi yang arwah atuk masak (dulu time sehat, ayah akan masak nasi ciap2 sebelom dia tido.. bile dia saket aku jadi nurse prepare ubat tuk ayah makan time sahur)
Tapi 2 laaaa.. canne nak balik if duet cukop2 tuk keperluan ari2 + tiket bas balik raye?
canne nak balik if final proposal tuk thesis kena submit ari senin neh?
canne nak balik if aku x sure mana nak amik bas dari cni? (x kan nak nek dari Shah Alam kot?)
Ya Allah, banyaknyea dugaan sem neh
tapi aku tau.. akan da ganjarannya nanti, aku kena sabar cket jep lagi
insyaAllah aku mampu hadapi neh sume, anak sulong kan kuat???
abah mesti bangga kalau tau canne anak yang dia anggap lemah selama neh leh jadi kuat cam skang
abah, akak x bergantung ngan sape2 pon skang even dari skola lagi akak camni
dulu akak nak henpon pon x penah minta duet abah
sume henpon akak beli guna duet sendiri (akak jeles ngan adeq2, x abes PMR dah dapat henpon)
sume akak wat sendiri
akak x makan ke, x de duet belanje ke akak x kan minta ngan abah kecuali terdesak cam nak bayar duet sewa umah ari 2
akak nak g mana2 skang pon akak usaha sendiri, x de nak minta2 owang len anta kan
akak nak pindah umah angkot2 sume barang pon aku urus sendiri
abah, anak abah kuatkan?
windunyaaaa.. nak berbual2 ngan abah sambil tengok ikan keli dalam kolam
windu kat famili n kampung halaman (baru practical dah cam neh, if keje t canne laaa)
Yaya (ma kezen's daughter), siang2 ari pon bantai men bunga api gak
Ryna (ma kezen), aku beli tudung tuk ibu dia tapi dia yang cbok nak try :)
Cha (ma kezen), pon cbok nak try tudung yang beli kat kedai aku wat partime
Ouhh si comey Aqis (ma kezen), x de peluang g nak jumpe kamoo.. dis raye kite jumpe eh
Windu nak makan pati soya, akok n piana
Pe lak makanan fev kowang time berbuke?? (saje tanya sal makanan tuk ilang cdey)
p/s1: ciap wat entry neh mata dah bengkak..ngeeee
p/s2: sahur t nak mam pe eh????
Isnin, 9 Ogos 2010
::HARI HARAM PUASA::
ASSALAMUALAIKUM..
Waaahhh.. lame benar asenya aku x update (padahal baru 2 ari) tapi don't worry, even x update aku tetap bertandang ke blog2 kowang. Tengs gak tuk kowang2 yang still datang even aku x de new entry. Sebenarnya sepanjang weekend aku sangat2 la bz.. bz beriadah bersuka ria ngan kawan2 yang dah lame x jumpe. Len entry aku story mori eh (x kesah la kowang nak tau ke x sebab neh blog aku yang punya).
Balik ke tujuan asal oke, x yah bebel panjang2. Aku saje wat entry neh sebab aku sedar masih ramai yang x tau upenya da ari yang kite dharamkan tuk pose:
- Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
"Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w." - Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
"Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha" - Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t" - Hari Haid dan Nifas.
- Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
"Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa" (Riwayat Ahmad)
Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
- Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
p/s: nak mam pe yea tuk lunch?? lapa2
Langgan:
Catatan (Atom)



































