::MY LUVLY DEARIES::

Memaparkan catatan dengan label ISSUE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISSUE. Papar semua catatan

Rabu, 29 September 2010

::SAPE CIPLAK SAPE LAK NI??::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM :)

Ni short entry jep. Mood x de dari pagi lagi sebenarnya. Saket kaki + saket ati. Susah tul bile pagi2 dah x de mood, even kena puji ngan bos pon still ase tensen so still ase malas nak ciapkan keje dia bagi (maap la en Zahed, saye n Ms.E same2 x de mood ari neh).
Berbalik kepada tajuk di atas.. sape ciplak sape? Ni sume pasal lagu.. antara lagu penyanyi Malaysia n penyanyi Indonesia. Aku tau pon sebab Aie Spin yang share link lagu baru Rossa n katenya lagu neh sebijik same ngan lagu yang penah popular n dinyanyikan oleh Shah ft Ella. Jum kite usha kedua2 lagu tersebut yeap. Dengar n nilaikan.

KU MERINDU by SHAH ft ELLA

KU MENUNGGU by ROSSA

So, pade kowang2 yang dah dengar both lagu ni pe pendapat kowang? Emmm lagu mane 1 yang lagi bez? Tapi persoalannya.. sape ciplak sape then canne la leh same lak kan? If x salah aku kan lagu Ku Merindu neh da lame kot femes.. time aku diploma lagi around 2007 camtu ciap penah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu kan2? Lagu Rossa lak baru jep release tahun neh. So, camne 2.. salah sape sebenarnya sebab dengar2 cite pon lagu Ku Merindu 2 Shah beli dari pencipta lagu Indon.
Entah la.. sekadar bertanya pendapat n berkongsi jep.

p/s1: Agak2 da x owang Indon nak wat hal sal lagu neh???
p/s2: Nak kasut baru.. nak kasut baru.. dah x de kasut+saket kaki!!!


www.tips-fb.com

Selasa, 24 Ogos 2010

::SAMBUNG LAGI.. SATAN!!::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM :)

Jum kite sambung tengok video BEWARE OF SATAN TRAPS lagi..


* Ouhhh.. takotnya if ter'chatting' ngan laki cam2.. kowang2 yang guls penah kena x kes camni?? Aku dolu2 time giler Myspace penah la kenal 1 adik neh (bajet comey la suh anggap dia adik). Memula 2 memang la comey kan tapi da 1 mase dia pakse jumpe n tido umah dia, bile aku refuse ciap maki2 lagi (x sanggup nak cite pe dia maki). Tapi esoknya bile dia call oke la pulak so aku n T4 wat conclusion dia 2 kureng waras n start pade 2 teros x nak dah da adik angkat.. cukop la da 2 adik kandung yang nakal 2. (^.*)
* Aku ase ramai antara kite penah ignore bile mak @ ayah kite panggil kan?? Aku time nakal2 dolu penah la gak wat2 x dengar tambah2 bile duk layan buku. Tapi 2 dolu.. insyaAllah x nak dah wat cam2, x nak dah wat mama kecewa. Pleassshh appreciate her oke.. syurga kite kan bawah telapak kaki ibu!!! Dan sekeping ati ibu x kan mungkin membenci anaknya.
* Kes menipu bos sebab lambat @ langsung x g keje pon aku ase dah jadi benda common skang neh. Tambah2 skang neh senang nak dapat fake MC kat private clinic kan?? Aku arap aku x de la wat mende2 camni once dah keje t.. takot x berkat lak duit gaji yang dapat tiap2 bulan dah la bagi kat mama lak 2.
* I hate smoker.. fullstop!! Even my abah n my adeq pon smoking, still x suke ngan asap rokok. My abah pon x kan smoking depan2 owang len.. means x de la nak bagi owang len makan asap sekali kan, ciap dia sound adeq aku coz smoking depan aku time tengok tb reramai.. ingat aku neh nyamuk ke nak fogging2??
* Saling mengasihi 2 kan indah?? Nape nak marah2 x tentu pasalkan?? Even sape pon owang 2, dia pon da perasaan cam kite gak. Jangan tunjukkan kebengisan supaya owang hormatkan kite tapi hormatlah owang len gak kompem dia pon akan hormat kite.

p/s: ouhh.. adeq demand macam2 lagi.. canne nak wat neh?? help help help!

www.tips-fb.com

::SEKADAR INGATAN - BEWARE OF SATAN TRAPS::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM.. entry neh sekadar ingatan tuk kite bersame
Semoga kite sume di dalam lindungan rahmatNya.. insyaAllah
Aku hanya ingin berkongsi video yang di wat khas tentang bagaimana syaitan telah mempengaruhi kite, syaitan akan terus berusaha menyesatkan anak Adam
moga ia memberi manfaat n kesedaran wat kite sume


Aku tau aku x sempurna.. minta maaf andai da yang terguris. Sememangnya aku hanya sekadar mencuba tuk lebih telus.. ati neh dah x mampu nak memikul sume kesah2 duka. Andai da kuasa dah lame kulupuskan sume ingatan tentang kesah2 yang hanya mengundang saket ati n air mate.. Semoga tuhan terus memberikan rahmat dan hidayahNya wat aku n kite sume.

p/s: coba tuk tersenyum kembali

www.tips-fb.com

Rabu, 18 Ogos 2010

::KESILAPAN KERAP TANPA KITA SEDARI::

ASSALAMUALAIKUM
Tengah wat pe 2 sahabat2?? Dah sahur ke lum.. yang lum sahur 2 bawak2 la sahur dulu eh t terlepas lak (melambatkan sahur lagi bagus kan). Pagi neh aku nak share sket pe yang aku dah bace dari web rasmi Ustaz Zaharuddin (sharing is caring la katekan).

~KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN~
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.  

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 
Ada banyak lagi sebenarnya yang d highlight oleh beliau.. If kowang nak tau lebih details leh jenguk sendiri full article dari beliau.. Klik [SINI]
Aku sekadar menyampaikan.. saling ingat mengingati sesama kite.. arap2 ingatan neh menjadikan kite hambaNYA yang lebih baik, hamba yang mengenal Pencipta n moga segala amalan kite ni diterimaNYA.. Ameen
p/s: sahur ngan puding jagung yang bez, cam nak g beli lagi petang karang :) alhamdulillah

www.tips-fb.com

Jumaat, 13 Ogos 2010

::BENCI BILANG CINTA TAPI TETAP BENCI!!::

ASSALAMUALAIKUM.. selamat petang sume
Dah petang eh?? So sume yang berpose akan ase hepi kan?? Sebab dah nak dekat berbuke pose then leh g bazar ramadhan beli makanan semahunya kan?? Jangan begitu oke.. membazir amalan syaitan (yang suke membazir sile jauh2 ngan saya oke, x suke!!).
Benci bilang cinta.. mesti kowang ingat aku cite sal sinetron 2 kan?? Maap la.. aku x follow sinetron 2 even aku minat giler kat si ganteng Baim Wong n si manis Marshanda. Anyway sesape yang follow cite neh, betol ke cite neh bez n betol ke cite neh tiru cite Korea tajuk Princess Hours (kalau betol tiru memang la bez). Oit.. kepoh lak aku nak tau kan.
Actually aku nak cakap sal pregnant women. Aku memang suke usha pompuan yang mengandung, emmm suci jep kan muke bakal mak2 neh?? Terserlah keayuan n sifat keibuan pompuan yang pregnant neh. Owang tua2 cakap seri pembawakan budak.. betol ke?? Tapi yang aku angin sangat bile da pompuan pregnant neh yang x sedar diri. Dah tau diri 2 mengandung, leh lak ngan selambabya smoking. Bodoh x?? Cam nak bunuh anak sendirikan?? Dah la kes buang bayi makin meningkat.. nanti kes bayi dilahirkan cacat sebab si ibu smoking pon makin meningkat gak. Geram aku tengok tadi.. dah la bulan pose neh (oke.. dia bukan owang Islam so leh smoking siang2 ari). Kowang bayangkan la sendiri, perot dah besar tunggu masa jep nak meletop tapi ngan bangganya smoking depan khalayak ngan hot pant lagi. Eiiii benci la aku nengok.. ingat canteq ke pakai camtu.. baju sendat cam x leh nak nafas jep. Cian kat baby 2, t x pasal2 sebab ibu yang smoking dia lak yang akan kena penyakit.


Oke la.. x nak bebel2. Nak ciap2 g bazar ramadhan neh.. sape nak ikot??? Selamat berbuke yea sahabat2 sume.. jangan beli makanan banyak2 oke, x bek membazir, tuhan marah.

p/s: tengah pikir nak beli kueh pe t.. 1 jenis cukop.

www.tips-fb.com

Khamis, 12 Ogos 2010

::ANTARA ISU PATUT FOKUS DI BULAN RAMADHAN::

ASSALAMUALAIKUM.. selamat petang sume

Lagi wape jam kite nak berbuka kan?? (ramai yang tengah senyum lebar neh) Alhamdulillah, ari neh dah 2nd day.. sahabat2 yang beragama Islam sume pose ke?? Jangan ponteng tanpa sebab tau.. g bazaar ramadhan x? Aku arap kowang2 x membazir yea.. t kurang pahala pose, beli yang sekadarnya jep oke (mam banyak2 pon t x larat lak nak g terawih). Petang neh aku nak share cket ngan kurang isu @ perkara2 yang sepatutnya kite2 sume berikan perhatian di ketika bulan ramadhan yang mulia neh.. Same2 kite rebut peluang tuk melipatgandakan amalan, ibadah yea.. :)

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.


Setakat sini dulu aku kongsikan ngan kowang oke.. t len entry aku share kan lagi. Ingat tau, banyakkan amalan.. amik peluang bulan yang mulia neh tuk tambahkan pahala n mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Selamat berbuke yea sume :)

p/s: mungkinkan sempat tuk kite habiskan ramadhan sebulan neh @ sempat lagi kah kite tuk bertemu ngan ramadhan yang seterusnya?? 

www.tips-fb.com

Isnin, 9 Ogos 2010

::HARI HARAM PUASA::

ASSALAMUALAIKUM..

Waaahhh.. lame benar asenya aku x update (padahal baru 2 ari) tapi don't worry, even x update aku tetap bertandang ke blog2 kowang. Tengs gak tuk kowang2 yang still datang even aku x de new entry. Sebenarnya sepanjang weekend aku sangat2 la bz.. bz beriadah bersuka ria ngan kawan2 yang dah lame x jumpe. Len entry aku story mori eh (x kesah la kowang nak tau ke x sebab neh blog aku yang punya).
Balik ke tujuan asal oke, x yah bebel panjang2. Aku saje wat entry neh sebab aku sedar masih ramai yang x tau upenya da ari yang kite dharamkan tuk pose:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    "Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    "Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha"
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    "Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t"
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :
    "Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa" (Riwayat Ahmad)
    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.  

 
p/s: nak mam pe yea tuk lunch?? lapa2

www.tips-fb.com

Khamis, 5 Ogos 2010

::KERANA HANDPHONE NYAWA MELAYANG::

ASSALAMUALAIKUM


Tibe2 ase nak cite sal henpon. Aku tau most of us even budak2 tecik sekolah rendah pon dah da henpon sendiri. Aku tau bagi kite henpon 2 sangat2 la pentingkan sampaikan da muda remaja yang cakap henpon 2 bagaikan nyawa dowang (yela.. coz macam2 save dalam 2, video porno la gambar lucah la gambar aksi melampau ngan bf/gf la). x tenang n x lengkap idop if x de henpon. Aku pon akui henpon 2 penting yang amat. Contohnya time2 kecemasan, bayangkan if kite tengah travel sowang2 tengah2 malam lak 2.. tibe2 tayar moto/kete/lori kite pancit. So, pe kowang ase kowang akan wat? x kan la tengah2 malam kowang berani nak turun n tukar tayar 2 kan.. bagi aku if nek kete better aku duk dalam kete diam2 then kol sape2 tuk minta bantuan n tunggu jep bantuan 2 tibe. Pentingkan henpon time neh?? If berlaku lak musibah cam kematian sedare mara yang duk jauh misalnya kat kampung halaman.. x kan la x nak inform kat sedara2 yang duk jauh cam aku yang duk Selangor neh kan? x kan la nak datang cni lak semata2 nak gtau sal kematian 2 kan?? So, henpon lagi sekali memainkan peranan yang penting. TAPI.. jangan TAKSUB ngan henpon. Jangan kerana henpon anda sanggup gadaikan nyawa. Betol, da owang sanggup bahayakan nyawa sendiri kerana henpon. Aku x tipu oke.. nampak x aku siyes neh (benti sat taip2, sebab nak cekak pinggang.. kate siys tadi kan). Da owang sanggup panjat balkoni sebab nak amik henpon yang tertinggal lam umah yang berkunci n kesah kawan aku sendiri, hampir eksiden sebab nak mengejar henpon yang tertinggal dalam bas (pinjam kesah benar anda jap yea Ms.E). Juga sebab tertinggal henpon dalam bas, kawan bos aku lumpuh separuh badan. Dia patah balik tanpa tengok kiri kanan then suddenly da kete langgar dia (alhamdulillah umo dia masih panjang). Neh sebahagian kesah benar yang bagi aku agak beruntung la kan tapi sebenarnya, da owang yang meninggal kerana henpon. Cam baru2 neh, sowang 1st year student kat Universiti Malaya maut gara2 panjat balkoni tuk ambik wallet n henpon yang tertinggal dalam bilik kawannya yang berkunci. Yelaa.. mungkin owang akan cakap dah takdir dia kan tapi kite sepatutnya ambik iktibar la dari kejadian neh. Yang mana leh elak, kite cube elakkan.. try to minimize da risk oke. Cube kowang bayangkan pe perasaan parents dia.. kompem la cdey kan. Anak baru jep masuk universiti, baru jep ase semalam anta anak tuk register as new student.. tibe2 ari neh, terpaksa ambik anak balik tapi dalam keadaan x bernyawa.. kaku!!! Pe perasaan kowang if kowang d tempat ibu bapa student tadi??? Pilu tentu sekali. Tuk sape2 yang lum bace berita full news sal dat student leh tekan [SINI], ehsan daripada Berita Harian Online. Kowang bace la sendiri eh, cdey aku bace statement adik arwah. Oke la kawan2.. cukop la 1 contoh aku bagi. Aku arap kowang pikirkan la sedalam2 nya. Idop still leh go on even x de henpon, banyak lagi benda len yang lagi penting n idop hanya sekali, jangan terpengaruh sangat ngan aksi2 dalam drama. Aku sendiri pon penah x de henpon 2 bulan sebab tertinggal kat kampung tapi aku oke jep (thanx 2 public fon n tenet).


p/s1: semoga kuarga arwah kuat n doakan arwah tenang d alam sana yea
p/s2: sowang kawan aku lak suke tukar2 fon, skali beli iphone cine.. gune x sampai 4 bulan jep

www.tips-fb.com

Isnin, 2 Ogos 2010

::SENTAP BILA ADA HARI MEMBAKAR AL-QURAN::

ASSALAMUALAIKUM..



Mode sangat geram + bengang + marah + sentap
senang cite ase cam nak g sepak2.. bunuh2 jep mereka2 yang berkenaan
ari 2 dah jadi.. skang nak jadi lagi
yela.. dulu ari melukis Muhammad S.A.W then now ari membakar Al-Quran lak
tadi memula pikir x nak post entry baru dah tapi bile buke blog MAZIDUL AKMAL SIDIK n tengok sal mende alah neh, tros aku ubah fikiran
mende ni x leh nak tangguh2 dah


Aku malas nak cite banyak n malas nak komen lebih2
sebab aku neh pon bukan la expert sangat kan
cilap tulis kan da pulak yang kena saman.. kuikuikuikui
nak tau lebih lanjut sal ari yang bakal diadakan pada 11 September 2010 (konon2nya memperingati mangsa2 9/11 yang disebabkan kekejaman owang Islam)
anda2 sume leh la ke [SINI] yea
paham2 kan lah sendiri


p/s 1: menunggu reaksi umat Islam seluruh dunia n pemimpin2 negara Islam terutamanya pemimpin negara kite
p/s 2: x sabar nak buke pose ngan nasi lemak :)

www.tips-fb.com

Ahad, 25 Julai 2010

::KOPITIAM OHH KOPITIAM::

ASSALAMUALAIKUM..

Kowang pe aktiviti ari neh??
dalam manyak2 2 mesti da yang plan nak kuar lepak2 je ngan membe2 kan
n port yang di pilih antaranya kopitiam..tul x?
aku dulu pon time study kat Arau suke lepak2 kat Old Town kat Kedah
tapi 2 dulu la kan..skang dah x nak sebab aku sudah memahami kepentingan berjimat
n susahnya nak dapat duit..yela, harga kat kopitian makk aiihh..pikir la sendiri eh
yang paling utama aku skang ragu2 ngan status kopitiam2 kat negara kite neh
yela..halal ke x?
tambah2 bile ari neh aku terbaca kat Utusan Malaysia Online sal kopitiam kat negara kite neh




Kopitiam seluruh negara diragui

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Dunia2..sonang bonar keje nya
juz call..tanya sket2 dah leh dapat sijil status halal
sengal tul la..ingat bile call 2 owang xleh nak menipu la kan
leh x if wat keje 2 guna akal yang Allah bagi????

www.tips-fb.com

Khamis, 10 Jun 2010

::VALIDITY OF BUNG MOKHTAR & ZIZIE MARRIAGE??::


ASSALAMUALAIKUM..

Emm ari neh ase malas nak cite berat2
kite tukar channel jap
oke x?
channel gosip ala2 suam kuku jep
sal couple yang..emm
ntah la..lu pikir la sendiri ea..hehe
kite layan jep
(maap la..artikel dseludup neh in english..malas lak nak meMelayukan ia)


Court postpones decision on the validity of Bung Mokhtar, Zizie marriage

KUALA LUMPUR: The decision on the validity of the marriage of Kinabangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin and actress Zizie Izette A. Samad was postponed Thursday by the Kuala Lumpur Syariah High Court to a date yet to be announced.

On Tuesday, the couple had filed an application seeking the court's validation and registration of their marriage, and to order the marriage registrar to recognise and register their marriage and other reliefs deem necessary.

Syariah High Court judge Mohd Radzi Abd Latif heard testimony on Tuesday when he met the couple and their lawyers in chambers, along with Zizie's three brothers, two of whom acted as their marriage witness while the older brother was their guardian (wali).

The application was in line with the affidavit Bung and his second wife Zizie filed on June 4, stating that they were married legally in a home ceremony in Selangor on Dec 16 last year.

They have also acknowledged that marriage had yet to be registered with any Islamic office.

On April 20, the two pleaded guilty to entering into a polygamous marriage without the Syariah Court's consent.

On May 19, Bung was sentenced to a month's jail and fined RM1,000 in default one month's jail on a second charge of abetting Zizie to marry without the consent of a Syariah registrar.

He was granted a stay of execution of the one-month jail term pending his appeal which was later filed at the Syariah High Court in Shah Alam. He was released on a RM1,000 bail with one surety.

Zizie was fined RM1,000 in default one month's jail for marrying without the consent of a Syariah registrar.

She, her three brothers and two others were also fined RM1,000 each in default six months' jail for abetting Bung in polygamy without the court's consent.

sumber artikel : THE STAR ONLINE
sumber gambar : BEAUTIFULNARA

Thanx manyak2 lemon yea kerana membenarkan miszTERRA membuat penyeludupan yang berjaye!!!hahahaha

www.tips-fb.com

Jumaat, 4 Jun 2010

::GURU::

Assalamualaikum..=)

Ari neh baru rase cam da mase nak post sumthing
salu cam xde mood even xde la bz sangat pon
tadi pagi dah selesai present..lega
banyak g kena apruv..jap g nak ciapkan slide lak
doakan aku mampu menepis dugaan berfacebook yea kawan2
hehe

Oke..skang aku bukannya nak cite pasal guru aku
atau feeling aku ngan guru
juz nak share pe yang dah aku bace tadi


Dulu before amik diploma abah aku da suh aku jadi cekgu
tapi aku xnak even aku tau keje 2 mulia tapi aku ase xkena ngan jiwe
ngajar adeq kat umah pon fail
sampai nanges dak 2..hehe

Aku act cian tengok cekgu2 skang
keje mendidik 1 hal
pas2 time cuti weekend lak still kena datang sekolah g
kadang2 balik lewat2 malam
yela..ngan sekolah yang nak wat cam2 event
nak handle kegiatan kokurikulum lagi
sekolah aku dulu cam2 r..da jep event yang nak involve
hehe
xsalah pon sume 2 tapi guru2 besar @ pengetua kena la
bertolak ansur gak ngan cekgu2..cian dowang kan
dah2 melalut lak..neh da 1 artikel yang aku ase leh membuatkan guru2 sume tersenyum

Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan: Alimuddin

2010/06/04
PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.
Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.

Alimuddin berkata, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.

Beliau berkata, jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online

www.tips-fb.com

Rabu, 26 Mei 2010

::Draw MUHAMMAD (S.A.W) day::

ASSALAMUALAIKUM

"When u attack Black people, they call it
racism. When u attack Jewish people, they call it anti-Semitism. When u
attack women, they call it sexism. When u attack homosexuality, they
call it intolerance. When u attack a Country, they call it treason.When
u attack a religious sect, they call it hate. But when they attack the...
Prophet Mohammed, they call it freedom of speech?"

Usha gak kat cni..

Kuang ajar tul kan dowang sume neh??

As a muslim..pe yang mampu kite wat??
kawan2..beri lah pendapat anda walau hanya sepotong ayat.

www.tips-fb.com

Selasa, 25 Mei 2010

::HIV MENYERANG??::

ASSALAMUALAIKUM..(",)

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati …. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati … .
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling
mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.
Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…

DrMuhd Hishamuddin b Abdul Halim
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .

**CREDIT N THANX KAT SAUDARE ASYRAFHAMASAKI KERANA MEMBENARKAN SAYE COPY N PASTE ENTRY YANG BERGUNE NEH..=)..SO KAWAN2,BERHATI2 TAU..DUNIA AKHIR ZAMAN BAK KATE SAUDARE ASYRAF PENUH DENGAN FITNAH DAJAL..WALLAHUALAM**

www.tips-fb.com

Rabu, 5 Mei 2010

:: RESOLUSI KEADILAN ::

ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT MALAM
SUDAH DINNER KAWAN2 KU??
INGAT YEA..XELOK MENINGGALKAN MAKAN MALAM..NGEE
aku pon baru nak masuk dapur..=)

**SUME RAKAN2 BLOGGER PASTI MENGENAL WAJAH ADIK INI KAN??

Kisah idopnya xpenah kite nak amik tau pon selama hayatnya dulu
yela..dia bukan owang terkenal
tapi kisah kematiannya yang tragis mengundang pelbagai rase
menyingkap sebuah kekejaman mungkin
kematiannya menimbulkan amarah
mendatangkan simpati
keadilan ditagih untuk arwah adik AMINULRASYID

Aku bukan nak menimbulkan spekulasi
apatah lagi kontroversi disini
aku pon xnak mengulas lanjut..biarla yang berhak melakukan keje mereka
insyaAllah..sama2 la kite doakan agar keadilan dapat dicapai oke
supaye xde spe dah yang takut nak duk Shah Alam neh
act aku pon takut duk cni..ari2 dengar siren polis
kes tembak2 pon pnah lihat depan mate
duk kat Kelantan n Perlis xde la plak sume 2

Oke2..cukop2 dah tersasar cket
kembali kepada topik asal yea
Semalam dah diadakan Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid"
yang tlah meluluskan enam resolusi
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)..**nape kat dewan Cina yea??
Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil


6 RESOLUSI: ~

1) Mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu

2) Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC)

3) Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa

4) Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam

5) Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis

6) Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN)

**Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said

**MALAYSIA KITE SEBUAH NEGARA DEMOKRASI..SEMOGA KEADILAN BERPIHAK KEPADA YANG HAK..INSYAALLAH..P/S:CLICK2 BANNER PRELOVED ITEM YEA..TQ**

www.tips-fb.com