::MY LUVLY DEARIES::

Selasa, 10 Ogos 2010

::ADAB-ADAB SOLAT TERAWIH::

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAK, RAMADHAN KAREEM (tiru ayat sedare Huud.. jangan marah yea n tengs). x sabarnya nak start pose kan?? Bak kate Ms.E, cuaca pose neh len sket.. sejuk jep. Skang aku nak share adab2 solat terawih ngan kowang sume. Mengikut sumber, ia disaring dari kitab 'Nasihat Agama dan Wasiat Iman' karangan al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H).

Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Terawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Terawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Terawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]

p/s: selamat beramal yea sahabat2 sume, maaf andai ada salah dan silap yang jelas @ terlepas pandang

www.tips-fb.com

0 ulasan: