::MY LUVLY DEARIES::

Ahad, 25 Julai 2010

::KOPITIAM OHH KOPITIAM::

ASSALAMUALAIKUM..

Kowang pe aktiviti ari neh??
dalam manyak2 2 mesti da yang plan nak kuar lepak2 je ngan membe2 kan
n port yang di pilih antaranya kopitiam..tul x?
aku dulu pon time study kat Arau suke lepak2 kat Old Town kat Kedah
tapi 2 dulu la kan..skang dah x nak sebab aku sudah memahami kepentingan berjimat
n susahnya nak dapat duit..yela, harga kat kopitian makk aiihh..pikir la sendiri eh
yang paling utama aku skang ragu2 ngan status kopitiam2 kat negara kite neh
yela..halal ke x?
tambah2 bile ari neh aku terbaca kat Utusan Malaysia Online sal kopitiam kat negara kite neh




Kopitiam seluruh negara diragui

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Dunia2..sonang bonar keje nya
juz call..tanya sket2 dah leh dapat sijil status halal
sengal tul la..ingat bile call 2 owang xleh nak menipu la kan
leh x if wat keje 2 guna akal yang Allah bagi????

www.tips-fb.com

0 ulasan: