::MY LUVLY DEARIES::

Rabu, 18 Ogos 2010

::KESILAPAN KERAP TANPA KITA SEDARI::

ASSALAMUALAIKUM
Tengah wat pe 2 sahabat2?? Dah sahur ke lum.. yang lum sahur 2 bawak2 la sahur dulu eh t terlepas lak (melambatkan sahur lagi bagus kan). Pagi neh aku nak share sket pe yang aku dah bace dari web rasmi Ustaz Zaharuddin (sharing is caring la katekan).

~KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN~
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
 
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.  

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 
Ada banyak lagi sebenarnya yang d highlight oleh beliau.. If kowang nak tau lebih details leh jenguk sendiri full article dari beliau.. Klik [SINI]
Aku sekadar menyampaikan.. saling ingat mengingati sesama kite.. arap2 ingatan neh menjadikan kite hambaNYA yang lebih baik, hamba yang mengenal Pencipta n moga segala amalan kite ni diterimaNYA.. Ameen
p/s: sahur ngan puding jagung yang bez, cam nak g beli lagi petang karang :) alhamdulillah

www.tips-fb.com

2 ulasan:

Gen Fujita berkata...

bagus artikel ni, very good reminder

miszTERRA_SF_ berkata...

gen fujita: tq.. thniah kpd ustaz zaharuddin yg sntiase mmberi ssuatu yg bermnfaat tuk d kongsi :)