::MY LUVLY DEARIES::

Khamis, 12 Ogos 2010

::ANTARA ISU PATUT FOKUS DI BULAN RAMADHAN::

ASSALAMUALAIKUM.. selamat petang sume

Lagi wape jam kite nak berbuka kan?? (ramai yang tengah senyum lebar neh) Alhamdulillah, ari neh dah 2nd day.. sahabat2 yang beragama Islam sume pose ke?? Jangan ponteng tanpa sebab tau.. g bazaar ramadhan x? Aku arap kowang2 x membazir yea.. t kurang pahala pose, beli yang sekadarnya jep oke (mam banyak2 pon t x larat lak nak g terawih). Petang neh aku nak share cket ngan kurang isu @ perkara2 yang sepatutnya kite2 sume berikan perhatian di ketika bulan ramadhan yang mulia neh.. Same2 kite rebut peluang tuk melipatgandakan amalan, ibadah yea.. :)

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.
2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.
3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.


Setakat sini dulu aku kongsikan ngan kowang oke.. t len entry aku share kan lagi. Ingat tau, banyakkan amalan.. amik peluang bulan yang mulia neh tuk tambahkan pahala n mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Selamat berbuke yea sume :)

p/s: mungkinkan sempat tuk kite habiskan ramadhan sebulan neh @ sempat lagi kah kite tuk bertemu ngan ramadhan yang seterusnya?? 

www.tips-fb.com

0 ulasan: