::MY LUVLY DEARIES::

Ahad, 22 Ogos 2010

::AMALAN2 SUNAT BULAN RAMADHAN::

Girls Myspace Comments
ASSALAMUALAIKUM

Ari Ahad yang mendung.. ase borim pon da gak neh.. Emm keje malas nak wat (t malam ni eh saye ciapkan slide En.Zahed nak 2). Baju pon malas nak basuh (kantoi aku neh pemalas tapi kire rajen gak kan sental guna tangan). Tibe2 dapat emel dari Ms.E.. tajuk emelnya sejibik same ngan tajuk entry aku yang neh (act aku malas nak edit2 dah.. malas lagi!!).
Mungkin sume dah tau kot, yela dah abis pon stage pertame pose kan?? Tapi x pe, aku nak post gak.. bagi refresh balik sebab aku tau ramai yang dah mula sebok pikir sal raye kan2 n hal2 sepatutnya d lakukan tuk tambah pahale makin d lupekan.. tol x??

Amalan-Amalan Sunat Bulan Ramadhan
1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat bebuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud; “Sesungguhnya hamba-hambaKu yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka: 
Ertinya; “Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
 
3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad) 

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan. 
"Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadhan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain."

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadhan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud; "Sesungguhnya Nabi SAW telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramdhan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama." (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Merperbanyakkan sedekah.
Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun."

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadhan kerana iman dan mencari keredhaan ALLAH, maka doasa-dosanya yang lalu akan diampuni."

p/s: jauhi maksiat n selamat beramal yea (^_^)

www.tips-fb.com

4 ulasan:

amira zakiah berkata...

tq for the info

Unknown berkata...

amira zakiah: ur most welcome :)

Gen Fujita berkata...

thanks atas perkongsian, peringatan yang baik

Unknown berkata...

gen fujita: same2.. mmg jd tggungjwp kte saling mmberi peringatan :)