::MY LUVLY DEARIES::

Jumaat, 4 Jun 2010

::GURU::

Assalamualaikum..=)

Ari neh baru rase cam da mase nak post sumthing
salu cam xde mood even xde la bz sangat pon
tadi pagi dah selesai present..lega
banyak g kena apruv..jap g nak ciapkan slide lak
doakan aku mampu menepis dugaan berfacebook yea kawan2
hehe

Oke..skang aku bukannya nak cite pasal guru aku
atau feeling aku ngan guru
juz nak share pe yang dah aku bace tadi


Dulu before amik diploma abah aku da suh aku jadi cekgu
tapi aku xnak even aku tau keje 2 mulia tapi aku ase xkena ngan jiwe
ngajar adeq kat umah pon fail
sampai nanges dak 2..hehe

Aku act cian tengok cekgu2 skang
keje mendidik 1 hal
pas2 time cuti weekend lak still kena datang sekolah g
kadang2 balik lewat2 malam
yela..ngan sekolah yang nak wat cam2 event
nak handle kegiatan kokurikulum lagi
sekolah aku dulu cam2 r..da jep event yang nak involve
hehe
xsalah pon sume 2 tapi guru2 besar @ pengetua kena la
bertolak ansur gak ngan cekgu2..cian dowang kan
dah2 melalut lak..neh da 1 artikel yang aku ase leh membuatkan guru2 sume tersenyum

Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan: Alimuddin

2010/06/04
PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.
Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.

Alimuddin berkata, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.

Beliau berkata, jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online

www.tips-fb.com

2 ulasan:

fezz-anna berkata...

huu~ yang, taw x dulu my parent pon suro kte jd cekgu jgak.tp kte x mnat..huhu

Unknown berkata...

waa..xsgka kn
upenya rmai parents yg nk ank2 jd cekgu
tp phm2 la yang..kte xmnat+xde bakat