::MY LUVLY DEARIES::

Rabu, 5 Mei 2010

:: RESOLUSI KEADILAN ::

ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT MALAM
SUDAH DINNER KAWAN2 KU??
INGAT YEA..XELOK MENINGGALKAN MAKAN MALAM..NGEE
aku pon baru nak masuk dapur..=)

**SUME RAKAN2 BLOGGER PASTI MENGENAL WAJAH ADIK INI KAN??

Kisah idopnya xpenah kite nak amik tau pon selama hayatnya dulu
yela..dia bukan owang terkenal
tapi kisah kematiannya yang tragis mengundang pelbagai rase
menyingkap sebuah kekejaman mungkin
kematiannya menimbulkan amarah
mendatangkan simpati
keadilan ditagih untuk arwah adik AMINULRASYID

Aku bukan nak menimbulkan spekulasi
apatah lagi kontroversi disini
aku pon xnak mengulas lanjut..biarla yang berhak melakukan keje mereka
insyaAllah..sama2 la kite doakan agar keadilan dapat dicapai oke
supaye xde spe dah yang takut nak duk Shah Alam neh
act aku pon takut duk cni..ari2 dengar siren polis
kes tembak2 pon pnah lihat depan mate
duk kat Kelantan n Perlis xde la plak sume 2

Oke2..cukop2 dah tersasar cket
kembali kepada topik asal yea
Semalam dah diadakan Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid"
yang tlah meluluskan enam resolusi
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)..**nape kat dewan Cina yea??
Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil


6 RESOLUSI: ~

1) Mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu

2) Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC)

3) Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa

4) Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam

5) Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis

6) Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN)

**Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said

**MALAYSIA KITE SEBUAH NEGARA DEMOKRASI..SEMOGA KEADILAN BERPIHAK KEPADA YANG HAK..INSYAALLAH..P/S:CLICK2 BANNER PRELOVED ITEM YEA..TQ**

www.tips-fb.com

0 ulasan: